Tuesday, February 20, 2018

Sapa wan mahani di mata anda

Hai semua.
Salam pengenalan.
Nama diberi wan mahani binti mahadzar.
Boleh panggil ninie je. Dilahirkan pada 30 august.
Ramai yang tanya tak sabar keluar ker bukan. Kami ni anak tingkap so kena la keluar awal. Tak boleh ambik 31 august tu.
Dilahirkan dan dibesarkan di pulau pinang.
Bukan 100% anak mami sebab mama kami orang perak. Papa kami je orang penang.
Kami sekolah di sekolah rendah kebangsaan bukit gelugur kemudian masuk sekolah menengah di sekolah abdullah munshi di jalan p ramlee pulau pinang. Habis spm kami sambung belajar di multimedia universiti.
Nama je belajar it tapi minat mendalam dalam bidang kesihatan. Simpan ijazah it bekerja di guardian pharmacy. Belajar paham pasal vitamin dan segala makanan kesihatan.
Jangan pandang pada rupa kami ye.. Sebab kami ni memang pantang jumpa makanan. Keja nak makan je.
Minat mendalam dalam bidang masakan. Darah mengalir dari minat papa dan mama kami. Bila dah tak ada rezeki bekerja dengan orang kami pun mulakan la bisnes makanan kami.
Menu utama kami nasi tomato, ayam rose dan ayam hitam special serta roti jala.
Ada customer kata roti jala kami pedas. Ye la makanan penang pedas dengan rempah ratus dia.
Alhamdulillah diam tak diam dah 3 tahun tak bekerja dan memulakan perniagaan bisnes makanan ni. Jatuh bangun semua dah rasa. Memang susah nak bagi orang kenal dan suka. Alhamdulillah semakin ramai kenal dan suka dengan roti jala dan ayam hitam special kami.
Doakan kami terus berada dalam bidang ni dan dapat membantu orang lain menjana pendapatan bersama kami.

No comments:

Post a Comment